PENDEKATAN CERAKINAN
1) Pendekatan
ini dikenali juga pendekatan analisis.
2) Pendekatan
pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yang
besar, kemudian unsur
itu dicerakinkan kepada unsur-unsur
yang kecil yang
membentukkan struktur yang besar tersebut.
3) Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan
memperkenalkan
ayat kepada murid-murid kemudian ayat itu dicerakinkan
kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan
kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf. Huruf-huruf suku
kata perkataan.
PENDEKATAN ELEKTIK
1) Pendekatan
ini juga dikenali pendekatan campuran.
2) Ia mengabungkan kedua-dua pendekatan
iaitu pendekatan
binaan dan juga pendekatan cerakinan.
3) Pendekatan elektik mengambil ciri-ciri
yang terbaik daripada kedua-duanya,
disesuaikan dengan keadaan murid-murid, situasi bilik
darjah, bahan pengajaran dan sebagainya.
4) Pendekatan ini mestilah dijalankan secara
sistematik dan
dirancangkan sebaik-sebaiknya.
5) Ia juga mestilah mempertimbangkan sifat-sifat
ejaan bahasa Malaysia yang
fonemik, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutan
dan sebagainya agar pengajaran dapat meninggalkan
kesan yang sebaik-baiknya kepada murid-murid.
PENDEKATAN BINAAN
1) Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis.
Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.Kemahiran menulis diterapkan sebelum
diajar untuk membaca dengan mudah.
Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau
kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat
sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan
wacana dengan baik.
2) Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan
diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti
bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya.Hal ini bertujuan
untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.
3) .Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk
menulis kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata
mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup
seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya.Hal ini menunjukkan murid
sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat
dan seterusnya.
Untuk mengajar perkataan “ botol ”, murid-murid
diperkenalkan dahulu dengan huruf-huruf
“b”, “o”, “t”, “o” dan “l” dan daripadanya dibentuk
suku kata “bo” dan “tol”, kemudian
digabungkan menjadi “botol”.