Container Icon

TEORI MEMBACA




Membaca merupakan salah satu jenis keterampilan berbahasa dan juga suatu proses yang kompleks dan rumit.Terdapat beberapa teori membaca, antaranya ialah  ialah teori kecekapan verbal. Teori ini telah diperkenalkan oleh Perfetti (1985, 1988) iaitu merupakan sebuah teori yang penting dalam kemahiran membaca kerana teori ini menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod.  Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan.

           
Tambahan lagi, berdasarkan teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Bertambah kecekapan seseorang pembaca dalam kecekapan verbal, bermaksud lebih banyak perhatian dan sumber ingatan bagi rujukan. Selain daripada itu, teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca (Benjafield, 1997). Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang terhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.


Selain dari teori ini,terdapat teori lain iaitu teori  membaca automatik. Teori ini telah dianjurkan oleh La Berger dan Samuel (1974).  Teori ini telah menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Selain itu, model ini juga yakin terdapat perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca. Sub komponen dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca.

         

          Berdasarkan teori membaca di atas, nyata wujud kepentingan membaca bagi tujuan pemahaman dan kelancaran pembacaan. Tambahan lagi, penggunaan teori membaca yang melibatkan ciri automatik dan kecekapan penggunaan penbendaharaan kata membantu keberkesanan penguasaan membaca.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment