Container Icon

Abu Ada Ayam A A A


  • Kaedah pembacaan berlagu 
  • Kaedah yang tidak membosankan
  • Pelajar mudah mengingati apa yang dibaca

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DEFINISI MEMBACA







Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca.

 

Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan membaca sebagai gabungan beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglihatan yang diskriminatif, kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf,menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya.



Atan Long (1978) menyatakan membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS