MASALAH DALAM MEMBACA.
Masalah
dalam bacaan bukanlah satu isu baharu. Namun demikian masalah ini tidak boleh
dipinggir begitu sahaja. Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh andainya
mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Oleh itu, kami akan membincangkan punca
berlakunya masalah ini yang dipengaruhi oleh beberapa faktor.
- Faktor fizikal.
a. Penglihatan.
Masalah penglihatan
yang dihadapi berkemungkinan akan menyebabkan kesukaran untuk mencerap imej
huruf yang dipaparkan dalam bentuk bertulis. Ketidakupayaan membaca mungkin
dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
· Juling – memfokuskan kedua-dua mata ke
arah yang sama sehingga imej suatu benda kelihatan tidak sama saiz dan
bentuknya.
· Rabun – tidak dapat melihat pada jarak
yang jauh untuk rabun dekat, manakala ketidakupayaan melihat jarak dekat untuk
rabun jauh.
·
Amblyopiks – satu keadaan imej daripada
salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
b. Persepsi
penglihatan.
· Perkataan seolah-olah satu percampuran
huruf yang tidak bermakna seperti muzik
menjadi mzuki.
·
Huruf atau perkataan menjadi terbalik
seperti b menjadi d atau bas menjadi das.
·
Perkataan kelihatan seperti imej cermin.
c. Pendengaran
(Auditori).
Masalah pendengaran
yang teruk akan menganggu proses belajar membaca. Walau bagaimanapun, pelajar
yang mengalami masalah pendengaran yang ringan masih boleh dibantu dengan
mempelajari teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Masalah
pendengaran juga menyebabkan berlakunya masalah untuk membezakan bunyi vokal
dan konsonan.
Bahagian
neurologi boleh memberi kesan kepada kebolehan membaca. Kecederaan otak mungkin
terjadi sejak lahir ataupun disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan
bahan toksik yang tercemar pada bahagian otak. Keadaan ini boleh menyebabkan
wujudnya simptom Hyperlexia yang
merujuk kepada masalah lambat perkembangan bahasa dan akal yang seterusnya
menyebabkan masalah ketidakupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.
Faktor
keturunan amat kuat dalam mempengaruhi kemampuan untuk belajar contoh seperti
kanak-kanak kembar. Kajian telah mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan
latar belakang keluarga yang menunjukkan pelajar yang berasal daripada keluarga
yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaaca berbanding
pelajar yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca. Hal ini kerana
persekitaran membaca dalam keluarga akan juga mempengaruhi minat anak-anak
untuk mengaplikasikannya.
Masalah
emosi pelajar boleh mengganggu proses pembacaan seterusnya pencapaian mereka
dalam pembelajaran. Kegagalan memahami proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah akan menambah lagi kesan emosi dalam diri mereka sehingga menjadikan
mereka kurang bermotivasi, malas, rendah diri dan sebagainya.
Status
sosioekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pemboleh ubah dalam kajian yang
berkaitan pencapaian pelajar dalam membaca. Kanak-kanak daripada SES rendah biasanya
mempunyai pencapaian yang rendah berbanding kanak-kanak daripada SES tinggi.
Selain itu, keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam membaca.
1 comments:
http://mohd-afira.blogspot.com/
Post a Comment